Review : Diagnosis3 Mortuari
11 Jun 2016 | ISNIN
6 Syawal J
Next book to review, Diagnosis3: Mortuari
Apa itu Mortuari? Bilik Mayat.
Aku tak pasti kenapa tapi aku suka sangat baca diari doktor.
Yes, doctors’ diaries are really interesting and eyes opening. Membaca beberapa
lagi siri lain seperti Diagnosis 2, Prognosis membuatkan aku meneruskan
pembacaan kea rah buku-buku yang macam ni. Menarik tak tipu. Dan melihat kepada
penulis, ada Dr Jack Naim! Ini membuatkan aku lagi semangat nak baca hehe
Buku ni realistic. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Ya,
Islam juga menganjurkan untuk kita sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian.
Beribadat seolah-olah itu ibadat yang terakhir. Dan kita jugalah yang
mencorakkan cara kita mati. Adakah kita ingin mati dalam keadaan suul khatimah,
atau husnul khatimah.
Manusia seringkali jelek bila kita sogokkan atau lontarkan
dengan perkataan kematian. Padahal kematian tu , tak cepat seminitpun dan
takkan lambat seminitpun.
Buku ni menceritakan beberapa kes hospital yang berakhir
dengan kematian. Doktor pun tak terlepas dengan kematian, sebab doktor bukan
Tuhan. Tapi doktorlah antara insan yang paling rapat dengan kematian. Sebab
hampir setiap hari melihat kematian depan mata.
Cerita yang menarik buat seseorang yang awam macam aku. Dan
seperti biasa, banyak terms medical baru yang aku belajar. Mungkin pengaruh
J-drama Code Blue banyak memainkan peranan disini. Untuk para doktor, aku
doakan semoga korang semua dilindungi dari malapetaka dan sentiasa tabah dalam
mengharungi kerjaya sehari-hari. Tabik lah J