Pohon Ramadhan

7 Jun 2016 | SELASA

#2/30 Ramadhan

Terinspirasi selepas melawat rumah akhwat(s) jelita yang baik belaka. Aku jatuh hati dengan sebuah pokok yang comel. Adakah ini cinta? Ahhh. Kbai. Bukan pokok epal yang telah menginspirasikan Newton, tapi pokok comel bulan Ramadhan.

Aku namakan ia, Pohon Ramadhan J Yay!

Jadi, apakah fungsi benda alah ini? Haha

It’s functioning as a catalyst to catalyse all good deeds in this holy months in order for Fastabiqul Qairat!

See, ada gaya saintifk tak iols? Hoho. Inilah yang dinamakan Misi Tamak Pahala J

Semoga Allah redha J

Macam mana nak buat? Just simply lukis pokok anda, ikut kreativiti. Use variety of colourssss. This one I loike the most hahahaa. Tak sia-sia sis borong Sharpie guna BB1M hohoho


Dan buat petanda untuk pokok tu, contohnya;

Daun Hijau: Solat awal waktu, Bacaan 1 Juzuk Al-Quran, Qiamualail, Solat Teraweh, Poster Tarbawi etc
Daun Oren: Solat akhir waktu
Daun Hitam: Tak Sahur, Tak teraweh, etc
Buah: Apabila dapat melakukan semua perkara ‘Daun Hijau’ di atas

Yang ni aku punya lah. Kau orang punya, sukati la en. Terpulang. Ikut kemampuan masing-masing J


Jadi, tunggu apa lagi? Mari kumpul sebanyak ‘Daun Hijau’ yang boleh! Yosh!

So yeah, Happy Fasting!