Starter Kit for Beginner Designer
6 Mei 2016 | JUMAAT
Alhamdulillah. Akhirnya aku dapat jugak belajar Adobe
Photoshop! *nak nangis* Sobs
Bermula dari Tingkatan 2, aku memang dah mula suka belajar
benda berkaitan multimedia ni. Bagi aku sangat cantik dan elegant gituh. Haha.
Masa tu aku sanggup stayback dekat sekolah untuk tusyen yang dibayar sendiri.
Seronok gila dapat belajar buat video montage, editing, dan animation. Kalau
tanya cemana nak buat sekarang, memang dah lupa aaa haha. Maybe tu la masalah
dia bila kita belajar tapi tak praktik.
Dan bila PEMBINA UNIMAS menawarkan Kelas Media untuk
mengajar para peserta guna photoshop, akulah antara yang paling excited sekali.
Dah lamaaaaa I tunggu saat ni you. Hahahaha
Bermula dari paling basic di Kelas Media, aku cuba explore
melalui Prof Google dan Dr Youtube. Alhamdulillah, terlalu banyak tips dan
tutorial yang mudah diikuti.
Jadi, dengan rasa gumbiranya, aku akan kongsikan beberapa
website yang sangat membantu dalam men-design especially for the beginners.
Macam saya! Kira macam starter kit lah hehe
So untuk ini, aku senaraikan beberapa link tutorial Youtube
yang boleh membantu dan sangat menarik J
Kalau nak design takkan lah nak guna font Times New Roman
atau Arial kan? Hahaha.
So boleh lah download free font dekat sini J
Untuk masalah pemilihan warna pula, boleh rujuk website
dibawah untuk mendapatkan idea gabungan warna yang ideal J
Nak tengok contoh poster yang gempak-gempak? Boleh sangat.
Cer usha website ni.
Dan untuk part poster ni, boleh jugak tengok-tengok poster
yang pernah dibuat oleh orang lain sebelum ni. Penting sangat untuk kita
belajar melalui pemerhatian. Cuba tiru buat poster yang anda suka. Kalau dah
sampai tahap boleh buat sebijik macam tu, dah lejen dah tu haha
Fake it, till you make it.
Kalau dah master basic, korang boleh belajar guna tools
‘Brush’ dekat Photoshop. Ada banyaaak sangat brush yang cun cun yang boleh
korang try. Boleh download dekat link di bawah J
Recommended brush : Splash, water splash, cloud, ink, watercolour,
flower
Masih tak pandai atau mahir menggunakan Adobe Photoshop? Hm
jangan risau. Cuba website ni J
Berikut merupakan beberapa website yang membolehkan kita
design poster secara online, mudah, dan cepat. Cuma design yang ada terhad dan
tidak boleh di-edit semula selepas di-save.
So yeah, I’m done! Happy designing!
Semoga bermanfaat J