Review : #Henshin Mahasiswa
6 Mei 2016 | JUMAAT
Alhamdulillah, buku pertama yang habis dibaca dalam senarai
buku yang dibeli guna BB1M! Yayy
Jadi, apa maksud Henshin?
Henshin ni perkataan Bahasa Jepun yang bermaksud berubah.
Buku #Henshin terbitan #Inspirasee ni ada beberapa siri
termasuklah #Henshin, #Henshin Muslimah, #Henshin Mahasiswa yang semua
daripadanya berkisar ceritera hidup penulis.
Untuk #Henshin Mahasiswa, aku boleh kata buku ni sangat
dekat dengan pelajar. Yes, mahasiswa mahasiwi macam aku. Menariknya dia susun
semua cerita ikut kepentingan dan keperluan mahasiswa sekarang.
Ada part cara belajar dengan berkesan, recommended jadual
seharian, cara nak bergiat aktif, nak baik dengan pensyarah dan macam-macam
lagi lah. Main point dia, macam mana nak jadi Muslim yang hebat di zaman
Universiti.
Banyak benda baru yang aku belajar dari buku ni. In shaa
Allah ada yang sesuai untuk dipraktikkan. Menarik, serious tak tipu J