Mengisi Kekurangan, Meraikan Kelebihan
Setiap
minggu yang sibuk, takkan pernah kulupa akan ada suatu hari di mana segala
kesibukan dunia akan lenyap seketika. Hari dimana kami berkumpul dan berkongsi
segala cerita.
Walaupun
kami dari latar belakang yang berbeza, ukhuwah yang terbina ternyata menguatkan
lagi hubungan antara kami semua. Perbezaan watak dan pendapat juga tak pernah
menjadi penghalang kami untuk lebih mengenali satu sama lain, malah mengukuhkan
lagi tali persabahatan di jalan-Nya.
Dalam
kalangan kami ada yang pendiam orangnya, ada pula yang tegas, penyayang,
peramah dan selamba. Setiap masalah pasti dapat diselesaikan jika kami
berkumpul begitu. Betapa indahnya pertemuan yang dimulakan dengan mentadabbur
ayat suci Al-Quran, disulami pula dengan tazkirah menyentuh jiwa. Disambung
lagi dengan kisah Sirah Rasulullah yang sering membakar semangat pemuda. Bukanlah
semua dikurniakan kehebatan bercerita, kerana ada juga yang hanya menjadi
pedengar setia, ada yang boleh menangkap segala cerita tanpa mencatat notanya,
ada juga yang menjadi guru tanpa berkira.
Kerana
kami bukanlah manusia sempurna, kami tetap ada cacat celanya. Cuma kami tak
pernah menyalahkan sesiapa kerana kami percaya semua orang ada kekurangan dan
kelebihan tersendiri dan kami mengisi kekurangan dan meraikan kelebihan yang
semua ada. Semuanya kami lakukan dalam hari yang sama.
Hari
apakah itu? Itulah hari kami berbulatan gembira J