3 Tips Berkesan Menguruskan Masa
10 Mei 2016 | SELASA
Kalau anda perasan, aku makin kerap update blog.
Kenapa? Hm basically, I’m practising my writing skills.
Gittew. Sedang mencari the best funkiest coolest way to deliver things and
opinion. Doakan please hehe
So apa aku nak share harini, sesuatu perkongsian yang
menarik sebenarnya untuk dipraktikkan. Sebab entry harini berkaitan pengurusan
masa.
Anda pelajar seperti saya? Atau pekerja yang sangat sibuk
dengan tugasan harian? Takpe kita masih ada persamaan iaitu perlu mengurus masa
sebaiknya.
Sebelum ni, aku juga mempunyai masalah yang sama. Susah nak
atur masa, banyak benda tak setel, sibuk memanjang. Tapi selepas mengamal kan
tips ni, Alhamdulillah semuanya boleh setel on time.
Tak percaya, meh usha tips ni J
Disini, aku huraikan 3 tips menarik tertarik the bomb untuk
digunapakai dalam kehidupan seharian anda J
Tips 1: Buat Jadual Tugasan Mengikut Kepentingan
Figure 1 shows my task schedule *acah scientific ciked* HAHA
Jadi, jika diperhatikan aku cuba kelaskan segala task seharian
dalam 4 kotak.
1.
Urgent – Important
2.
Urgent – Not Important
3.
Important – Not Urgent
4.
Not Important – Not Urgent
Jadi, persoalannya kotak mana yang kene selesaikan dulu?
***
Okay bagus! Jawapannya, Urgent – Important.
Sangat penting untuk kita tahu cemana nak kelaskan segala
tasks tu dalam kotak-kotak yang berkenaan.
The best feeling ever bila semakin hari semakin sikit sticky
notes yang tertampal kat situ. Lagi bagus kalau dapat sampai kosongkan kotak tu
semua. Alahai heaven gila rasa. Haha
Dengan teknik ini, anda akan berpotensi sangat rendah untuk
tertinggal kerja-kerja yang ada dateline etc.
Tips 2: Planner
Sebelum ni aku pernah jugak ada planner, tapi tak reti guna
hahaha. Last-last simpan je buat pekasam sampai akhirnya dah habis setahun pastu
dah tak guna planner tu.
So, cemana sebenarnya nak guna planner ni?
Planner ni sangat berguna untuk orang yang super duper busy,
macam aku untuk susun segala meeting, exam, kuliah dan sebagainya untuk
memastikan aku tak tertinggal dan lupa apa-apa. Hoho
Jadi bila kau bukak planner, senang la nak rujuk. Oh esok
aku meeting dengan kolej, oh Khamis ada iftar perdana, oh minggu depan quiz
10%. Dan sebagainya hehehe
Tips 3: Prinsip “Tiada istilah masa lapang, hanya tugasan
yang belum selesai”
Faham tak quote tu?
Sebenarnya aku terjumpa lama dah quote ni. Dia punya effect
sentap tu Alhamdulillah sampai sekarang la. Ia seolah-olah mendorong dan
menidakkan aku untuk melagha haha. Bagus en. Tepat je dia shoot jantung aku.
Sebab Hassan Al Banna pun ada kata, tugasan kita lebih
banyak dari masa yang kita ada. Jadi betullah, sebenarnya kita ni takde pun
istilah masa lapang sebenarnya. Kalau kau banyaak sangat masa lapang,
percayalah sebenarnya banyak benda kau tak setel tu huhu
Bila berpegang pada prinsip ni, dan bila terasa ada masa
lapang, aku akan cek 4 kotak tu balik. Kalau masih ada sticky notes, aku akan
segera untuk setelkan task yang ada. kalau takde, cek pulak planner kalau-kalau
ada persiapan nak kene buat ke, kalau takde jugak, akhir sekali bukak la buku.
Tambah ilmu.
Bukankah bagus begitu?
Jadi, itulah ketiga-tiga tips pengurusan masa yang meletops
untuk perkongsian kali ni.
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." ( Al-Asr: 1-3 )
Semoga bermanfaat!