BB1M 2016
18 April 2016 | ISNIN
Alhamdulillah minggu lepas berpeluang menghabiskan semua
baucer di MPH The Spring Kuching bersama member-member dunia akhirat hewhew
Banyak juga buku-buku menarik. Rasanya macam masuk
supermarket, semua buku nak ambik masuk bakul. Kiraan yang pertama cecah lebih
3 rat hahaha. Terpaksa la letak semula, baucer 250 je kot. haha. Bersyukur
please Jana.
Spending RM250 vouchers dapat lah RM50 free baucer alat
tulis dan buku nota percuma yay
Bila dengar dan tengok mahasiswa bergumbira menjual baucer
sana sini. Sebenarnya sedih jugak la.
Depa guna alasan baucer buku lambat dapat
dan sem yang dah nak habis. Hello der, ilmu tu untuk sepanjang hayat, bukan 1
sem je.
Point dia bukan nak dengki ke apa. Di mana integrity seorang
mahasiswa itu? Orang bagi baucer buku suruh beli buku, bukan jual. Adeh. Kalau
taknak guna pergi sedekah jelah. Dapat gak pahala.
Ataupun en, guna baucer tu
pergi kedai buku pastu beli Al-Quran ke Yassin ke beli sedekah dekat masjid
sana. In shaa Allah selagi ada orang membaca Al-Quran dan Yassin tu selagi tu
mengalir pahala pada anda anda semua.
Takpun, kalau ada adik-adik, sedara mara, sepupu sepapat
yang kecik-kecik lagi tu. Belikan la diorang buku-buku bantuan pelajaran. Buku
cerita ke. Menyemai sifat suka membaca tu bagus. At least kalau kau tak suka
membaca pun, dorong la orang lain yang suka membaca.
Menarik en? Tu la. Hidup ni kene kreatif. Hoho
Apa-apa pun aku masih perlu mencari masa untuk habiskan baca
semua ni hahaha. In shaa Allah dalam masa setahun boleh la kot setel sementara
nak tunggu next year pula ken dapat BB1M hewhew
Moh ler kita membaca.
Membaca jambatan ilmu J