Asasi Sains UNIMAS

30 April 2016 | SABTU

Harini dah bulan 4, 2016.

Zaman asasi aku dah berlalu hampir 3 tahun, pheww cepat betul masa berlalu.

Aku merupakan Asasi UNIMAS 4th Batch, upcoming will be 7th, see the difference? Tua rasanya haha.

My first flight ever - Air Asia

Asasi UNIMAS terlalu seronok sampai tak dapat aku nak gambarkan dengan kata-kata. Kalau tulis dalam 10 muka surat entry pun In shaa Allah tak habis lagi. Hewhew

Bila flashback 3 tahun lepas, lepas tak dapat result nak sambung Biotech dekat Ausie, aku pun mencari alternative lain untuk sambung Biotech dalam negara. Kebetulan masa tu ada senior sekolah yang memang dah belajar dekat UNIMAS. After a few conversations, aku rasa aku memang nak kena jugak pergi UNIMAS. I want to be a Biotechnologist! Yosh! Jadi untuk pilihan UPU, UNIMAS adalah pilihan pertama.

Aku agak yakin sebenarnya yang aku akan dapat jugak UNIMAS. No matter what. Haha. Lepas result Matrikulasi keluar, mak bersungguh nak aku daftar ke Pahang sana. Tapi dengan yakinnya aku bagitahu mak, aku akan dapat UNIMAS tengok lah nanti.

Alhamdulillah, surat ditunggu kini tiba. Dan aku ditawarkan untuk program Asasi Sains Hayat, Pusat Pengajian Pra-Universiti, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Happy tak terkata weh!


Ku sangka kan panas sampai ke petang, rupa nya hujan di tengahari. Sad moments appears bila parents aku tak dapat hantar. Abah pergi umrah tarikh daftar tu. Jadi pakcik jelah yang hantar kan masa daftar. Dia macam mix feeling habis. Sedih gembira excited cuak sume lah bercampur menjadi satu. Being an independent person is an advantage. Aku takde masalah pun nak bergaul dengan sesiapa sahaja yang aku jumpa. And orang Sarawak sangaaat friendly. My roommate in Asasi is Sarawakian, and it was a bless sebab dia baik sangat I’m so touched omo.

Di UNIMAS, ada 2 kampus utama. Kampus Barat dan Kampus Timur. Pusat Asasi terletak di Kampus Timur. Perbezaan dia agak ketara haha. Bangunan di Kampus Timur lebih kepada kayu-kayu dan nampak sangat unik dan macam perkampungan. Penuh kehijauan dan tenang habis. Kampus Barat pulak tempat pelajar degree lepasan Asasi semua belajar. Kampus Barat lebih sibuk dan ramaaai sangat orang. Panas. Bangunan semua berkaca-kaca, haha. You better watch it yourself. Hoho

Back to Asasi Story.

Teringat satu malam selepas Minggu Aluan Pelajar, ada program dekat surau, Rahsiaku Kini Milikmu. Tajuk je dah catchy, menarik hati kecil aku untuk pergi ke masjid dengar talk tersebut. Alhamdulillah tak bosan, seronok lagi ada. Excited nak mulakan hidup sebagai pelajar Asasi 4th batch UNIMAS.

Orang kata kalau nak berubah ni, elok lah berhijrah.

Happiness for Asasi Hayat is...

Hijrah aku ke Sarawak membawa seribu makna penghijrahan paling besar dalam hidup aku. Bertemu Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) sangat membuka mata aku dan banyak membimbing aku ke jalan yang lebih tenang dan diredhai. Ditarbiyah di bumi Sarawak adalah sesuatu yang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila. Alhamdulillah, terima kasih Allah di atas kurnia ini.

Dan seterusnya setahun di Asasi terlalu banyak pahit manis, mengajar erti hidup susah senang sebagai seorang pelajar. Jauh dari mak abah, semua keputusan di tangan sendiri.

Kampus Timur dikala hujan 

Nasihat kepada semuaaaa bakal 7th batch, jangan takut. Sarawak bukanlah seteruk yang anda sangka. No such things as pergi kelas naik bot ke apa ke. Percayalah Sarawak lebih menenangkan dibandingkan dengan semenanjung sana. Kau akan jatuh cinta nanti.

Good luck semua!

My welcoming banner 3 years back, sobs 


Masih ragu-ragu ke UNIMAS? You better not :)

Jumpa di sanaaa! 

P/s: Sebarang bertanyaan berkenaan Asasi UNIMAS dan PEMBINA boleh le emel: marjanaady95@gmail.com J