Caffeinated
4 Mac 2016 | JUMAAT
Its already 12.00 am. Kebiasaannya, aku dah lena pun. Tapi
semalam aku masih terkebil-kebil pandang syiling. Dah kenapa ni?
Aku cuba ke kiri ke kanan, pusing-pusing lagi tak jalan
jugak. Mata aku makin segar bukannya mengantuk. Tapi badan aku penat. Have you
ever feel that way? Duhh tak best weh serious aku cakap.
I’ve texted Pabel and ramai gila orang lain, hoping that
semuanya tak tido lagi. Syukur, Pabel masih sedar hahahaha. Aku merapu la
dengan dia. Homesick la, lapar la. Its true then. Cuma aku tak mampu nak
bergerak ke dapur untuk buat air, wehh dah pukul 1 lebih kot masa tu. Aku dah
la penakut hahaha
Jam menghampiri pukul 2 pagi dan aku masih terkebil-kebil
macam tadi. Tiada perubahan. Jiwa aku dah tak tenang, fikir macam-macam benda
mengarut. Sumpah mengarut. Thinking of nak book flight ticket balik esok dan
sebagainya.
Bibir aku tak berhenti berzikir mengingat Tuhan. Hanya
dengan mengingati Tuhan, jiwa akan tenang.
Tak lama lepas tu, aku dapat ilham nak tanya Prof Google
yang arif lagi bijaksana.
Google: How to get sleepy
Hahaha surprisingly siap ada WikiHow lagi. Serious nya
masalah aku ni.
Aku baca satu-satu, the don’t kebanyakkan nya aku dah buat.
Sadly. Dan aku perasan jangan ambil caffeine sebelum tido. Oh mannn, this hit
me hard seriously!
Petang tadi sebelum kelas, aku beli Wonda Coffee. Patut lah
aku terkebil tahap dewa malam tu. Sebab actually aku dah lama tak minum kopi
since aku baca buku yang dia kata kalau nak hilangkan rabun, minum kopi memang
tak boleh. Last time aku minum kopi maybe around 2-3 bulan lepas. Dan semalam
dengan selamba badak nya aku beli Wonda dekat mesin gedegang dan enjoy the
brew. Haihhhh padan lah muka aku. Aku lupaaaaa, erghhh steghes.
Di saat aku terbaca artikel tu, aku mula sedar semua salah
aku. Sediih. Part last tu, apa-apa pun kalau nak feel sleepy otak kene kosong,
jangan fikir bukan-bukan. Take a deep breath. Fikirkan yang indah-indah secara
berulang.
Alhamdulillah, aku sedar balik masa loceng aku berbunyi untuk
solat Subuh.
Dan yeah, saya isytiharkan perang dengan awak, kopi!