Resepi Shepherd Pie
Alhamdulillah berjaya juga untuk kali kedua buat pie ni.
Waktu first time buat dah lama dah. Hehe.
So terpaksa gugel balik resepi. So
next time, aku usha blog sendiri jela buat rujukan. Hoho
Bahan (Inti):
400 gram Daging kisar (Ramlee)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
5 biji cendawan butang (dipotong dadu)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 kiub stok daging
Minyak masak
1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan secawan air)
Lada hitam dan lada putih secukup rasa
Garam secukup rasa
Cara memasak inti:
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
Masak sehingga berbau wangi.
2. Masukkan daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga
daging masak.
3. Masukkan tomato dan kiub daging. Apabila daging mendidih
masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga masak.
4. Tambah garam dan lada putih dan lada hitam. Biarkan daging
sehingga agak kering, padamkan api.
Bahan (Pie):
1 Kg Kentang
½ cawan susu segar
2 sudu marjerin *Boleh guna mentega untuk lebih sedap
Lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
Air untuk merebus secukupnya
Cara memasak pie:
1. Rebus kentang hingga empuk. Lenyek kentang ketika panas.
*Gunakan pressure cooker untuk lebih cepat empuk. *Rebus kentang tanpa mengupas
kulitnya kerana selepas dimasak sehingga lembut kulitnya lebih mudah dikupas
2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit. Masukkan marjerin
dan lada hitam.
3. Gaul rata dan masukkan ke dalam bekas untuk tapak diselangi
dengan inti dan kentang semula.
Untuk lebih enak, tambahkan mozzarella cheese di atas pai
anda.
4. Panaskan oven pada suhu 200 C, bakar pada suhu 190 C untuk
30 minit
Shepherd pie anda siap untuk dimakan! Makan panas-panas
lebih sedap!
Okay done! Semoga bermanfaat!