Travelog : Tips Melancong di Vietnam
28 Januari 2016 | KHAMIS
Selepas melawat Ho Chi Minh City sebanyak dua kali. Ada
beberapa tips menarik yang boleh saya kongsikan disini.
Take Note:
Tawar 50% dari harga sebenar. Terutamanya di Pasar Malam dan
Ben Thant Market. Contohnya beg deuter yang dijual RM40, sebenarnya boleh dapat
RM20 sahaja. Percayalah. Kalau nak beli tudung Nealofa, dah dapat harga RM14
tu, beli jelah. Paling murah dah tu. Hehe.
Bawa duit Ringgit Malaysia lebih banyak dari duit Vietnam
Dong. Sebab kebanyakan kedai di sekitar Ben Thant Market, Pasar Malam dan
Lorong Malaysia menerima duit Ringgit. Selalunya harga dalam Ringgit lebih
murah. Kita pun tak rasa tertipu sebab kita faham matawang sendiri kan.
Membeli kain pasang lebih murah di Chinatown. Chinatown
terletak jauh dari Ben Thant Market. Boleh ke sana dengan menaiki teksi atau
bas ekpress.
Membeli keychain dan souvenirs tempatan lebih murah di Jeti
Sungai Mekong. Jauh bezanya dengan harga di Pasar Malam dan Ben Thant Market.
Membeli t-shirt ‘I Love Vietnam’ dan seumpama dengannya
boleh didapati dengan hanya RM7 sehelai untuk lengan pendek dan RM10 sehelai
untuk lengan panjang. Lebih daripada tu? Consider mahal! Haha. Boleh didapati
pada waktu malam di Lorong Malaysia.
Membeli simkad dengan unlimited internet hanya sekitar
100,000 Dong. Lebih kurang RM20. Sila cari dengan tekun sebab mostly kedai akan
jual RM40. Oh, internet sangat lajuuu. Sekian.
Jika anda membeli beg dueter atau kiplings atau seumpama
dengannya, sila pastikan setiap komposisi beg telah di cek. Pastikan beg anda
nyah daripada sebarang kotoran, koyak, patah dan sebagainya. Sebab waktu beli
mungkin tak perasan.
Untuk makanan yang sedap dan murah, anda boleh try makan
makanan halal di Halal Amin. Sedap, murah, thorbaeek. Makanan pedas dan
menepati citarasa Malaysian.
Membeli-belah di kedai-kedai sepanjang Lorong Malaysia lebih
mudah sebab kebanyakan pekerja boleh berbahasa Melayu. Bodek-bodek sikit in
shaa Allah dapat murah hehe. Selalunya kalau beli 1 je, susah sikit la. Kalau
anda beli borong, mesti dia kasi diskaun punya.
Teknik membeli di Pasar Malam, jika anda ingin kan beg
contohnya, pekedai buka harga RM50. Anda perlu tawar 50% jadi RM25, atau lebih
murah. Kalau dia taknak bagi, keluar je dari kedai tu. Lepastu pandang belakang
sikit. Nanti dia panggil balik, tanya kita nak berapa. Hahaha. Lepastu dapat la
harga yang kita nak. Part lawak tu, nanti lepas dah bayar harga kita, dia akan
halau keluar cepat-cepat supaya orang taktahu kita beli harga murah.
Di Ben Thant Market, amal kan usha-usha je dulu. Tanya harga
dan JANGAN tawar kalau taknak beli. Once anda tawar, anda akan dipaksa beli.
Hahaha. Pekerja di Ben Thant agak agresif, sebab kalau dah tawar lepastu tak
jadi beli, dia akan pegang tangan kita dan tanya kita nak harga berapa. Kalau
taknak jugak, dan kita berjaya melepaskan diri, kita akan dengar dia memaki
hamun kita dalam Bahasa Vietnam hahahaha.
Jika anda ingin menggunakan teksi di Vietnam, teksi yang
paling dipercayai ialah Vinasun Taxi. Teksi ini menggunakan meter. Elakkan
menggunakan teksi lain, takut-takut ditipu nanti.
Aktifkan kad bank anda untuk keluaran duit di luar Negara.
Boleh diaktifkan di ATM atau secara online. Penting untuk last minit nak
shopping lagi, atau bila tiba-tiba baru perasan dah broke. Hahaha.
In shaa Allah, rasanya ini je yang terfikir dek akal buat
masa sekarang. Semoga bermanfaat!
Selamat melancong ke Vietnam!