Travelog : Ho Chi Minh City, Vietnam 2.0

27 Januari 2016 | RABU

Alhamdulillah. Selamat kembali ke Malaysia setelah bercuti 4H3M di Ho Chi Minh, Vietnam untuk kali ke-2. Seronok!

Terima kasih bebanyok pada abah ambo yang belanja ke Vietnam. Hadiah birthday tahun ni, katanya. Alhamdulillah, semoga abah panjang umur dan murah rezeki. Amiin. Disebabkan birthday aku sama dengan emak. Jadi mak pun ikut sama.

So yeah, apa beza lawatan pertama dan kedua ke Vietnam ni? Meh aku cite hehe

Basically, trip pertama aku ke Vietnam lebih kepada shopping. Kami pergi ke kedai-kedai borong yang jual barang dengan harga rendah melampau. Trip kedua ni lebih banyak melawat tempat-tempat menarik, bersejarah, tempat shopping pun ada gak.

Jadi untuk kali kedua nya aku naik Vietnam Airlines. Thorbaeek! Cuma aku pelik dia dah tak serve kopi Vietnam dalam plane. Kenapa ek?


Kali ni menginap di hotel Song Anh. Last time dekat hotel Tien Anh. Hotel Song Anh lebih besar dan selesa. Tapi jauh sikit dari Ben Thant Market. Kalau Tien Anh hotel, pusing sikit je dah sampai. Seronok nak punggah barang shopping. Hahahaha. Hotel kali ni kene effort sikit la. Sado la jadinya. Haha.

Pakej penuh Ho Chi Minh City 4H3M by Solehah Travel memang berbaloi. Makan semuaa sedak-sedak. Aku sampai terlebih kenyang. Orang nismilan kato, ongeh. Kbai.

Hari Pertama

Lepas check-in di Song Anh Hotel, kami pun makan tengahari. Seterusnya aktiviti bebas. So kita shopping! Hari pertama pun dah sakan menyoping memasing haha. Pasar malam pun tak kurang mengujakan. Tapi disebabkan baru sampai dan sangat penat. So hari pertama kita leklu balik bilik rehat.



Hari Kedua

Mekong River Tour
Kami ke Sungai Mekong untuk tour hari kedua. Sepanjang perjalanan, tour guide pun bercerita lah budaya dan adat orang Vietnam. Aku yang memula nak tido tak jadi nak tido bila dengar tour guide cerita. Menarik jugak. Lawak pun ada.

Penduduk Vietnam kebanyakkan nya terdiri dari orang Veitnam sendiri dan majoritinya beragama Buddha. Boleh kata diorang ni banyak jugak amalan pelik-pelik. Waktu on the way ke Sungai Mekong, kami dapat lihat sawah padi cantik sangat. Tapi di tengah-tengah sawah padi tu ada kubur berwarna-warni. Kami diberitahu, warna kubur tu bergantung pada warna kegemaran si mati. Contoh la si polan suka kaler biru, biru la kubur dia nanti. Pelik en. Kenapa tanam dekat sawah? Mereka percaya, bila tanam kat sawah, si mati sentiasa dalam keadaan sejuk.

Kami sempat singgah di kedai menjual beg kulit original. Boleh tahan la harga dia. Aku usha kosong je. Hehe.


Bila sampai je jeti Sungai Mekong tu, dapat tengok pemandangan memang cantik. Subhanallah! Nice gila.


Kami pun menaiki bot ke pulau seberang. Nama pulau tu Unicorn Island. So basically, pulau tu tempat orang Vietnam usahakan buah-buahan dan madu lebah. Unicorn Island popular dengan hasil tempatan, Royal Jelly. Madu asli dari permaisuri lebah. Aku beli jugak la. Sedap kot. Walaupun agak mahal, memandangkan tempat lain tak jual. Aku pun beli jelah.



Selain dari madu lebah dan buah-buahan, pulau ni pun hasilkan pelbagai produk berasaskan kelapa. Ada sabun, gula-gula, pencuci muka, memacam lagi la.

Kami disambut dengan minuman teh madu limau. Sodapp!



Walaupun dalam pulau ni ada jual souvenirs, jangan beli! Dekat jeti Sungai Mekong lagi murah. Jadi, aku usha kosong jelah hehe.

 

Sebelum pulang, kami singgah untuk menikmati buah-buahan tempatan *dah termasuk dalam pakej, percuma! Ada nenas, ciku, jambu, apa lagi entah lupa pulak hahaha. Sedap lah yang penting.


Kami pulang dengan menaiki sampan, simbolik Sungai Mekong la ni. Seronok sangat naik sampan! Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi. Adehh jiwang.



Dan kami pun menaiki bot sekali lagi untuk ke jeti. Masa nak balik ni dia kasi minum air kelapa percuma. Segar je rasa lepas penat berjalan dalam pulau. Kita minum dulu!


Like I said just now, membeli souvenirs di jeti lebih murah. Seriously, lagi murah dari harga di Unicorn Island, lagi murah dari harga di Pasar Malam dekat hotel. Ben Thant Market pun kalah. Hoho.


Dan kami kembali menuju ke Ho Chi Minh City. Sempat singgah di Chinatown tapi sekejap je. Trip hari kedua berakhir selepas kami menaiki Cruise Saigon River. Thorbaekk!


Layan sunset atas cruise boleh tahan best jugak. Pemandangan lebih kepada tengok bangunan, kilang etc hahaha. Boleh laaa.

Hari Ketiga

Hari ketiga dimulakan dengan melawat Muzium Perang. Aku taktahu nama betul dia apa. Hahaha. Boleh tengok pameran perang, senjata dan sebagainya. Bagi aku, aku tak minat sangat tempat macam ni. Seram kot.


Seterusnya kami ke Handicapped Handicrafts Factory. Usha jelah. Nak beli mahal. Hehe. Basically, di kilang ni mereka yang kurang upaya menghasilkan kraftangan atau produk yang menggunakan telur itik. I tell you, sumpah kreatif. Sume produk dan karya perlukan kesabaran dan super tinggi demi menghasilkan satu-satu produk yang bermutu tinggi. Tak pelik la dia jual mahal kan.


Pada sebelah petang, kami ke Chu Chi Tunnel. Ni pun tempat sejarah gak. Seronok dengar cerita sejarah, siap praktikal lagi haha. Kami diberi peluang untuk masuk tunnel (baca: terowong) yang digunakan masa zaman perang. Walaupun dah diubah suai sikit untuk para pelancong tapi sangat sempit. Hanya yang slim je boleh masuk dan berjaya sampai hujung hahaha. Memang sempit. Tapi pengalaman yang menarik la. Bayangkan mereka dulu boleh duduk dalam tu berhari-hari demi menyelamatkan diri dari askar Amerika.


Lepas dah jenjalan tu, kami tiba di tempat menembak. Okay dekat sini kene bayar. Ada banyak jenis senapang. Semua senapang harga lain-lain. Aku dengan akak ni share, kami amek paling murah hahaha. Carbin, senapang tradisional orang Vietnam masa perang.

Memang nice la dapat menembak. Susah kot. lepastu memang kene kuat pegang senapang tu. Aku yang keding ni tertolak ke belakang jugak la masa menembak tu haha. Lawak betul. Dah la askar yang assist tu garang gilew. Cuaks titew.


Sebelum exit, kami disajikan dengan ubi kayu dan teh cina. Memang feeling zaman perang habis. Kenapa ek, aku rasa macam dalam filem Sarjan Hassan. Hohoho.

Hari Keempat

Selesai sarapan roti gemuk. Vietnamese call roti canai. Haha. Macam ni rupanya roti canai orang Vietnam. Pun boleh la. Hehe.


Kami pun habiskan sisa masa untuk last shopping sekitar hotel untuk dibawa pulang. Macam biasa beg beranak dengan jayanya.

Sebelum sampai ke airport, kami singgah di Hard Rock Café, Ho Chi Minh City. Kita bergambar jela. Hehe.

Dan kami pulang dengan selamat, Alhamdulillah.

Selamat sampai ke Kuala Lumpur pukul 6.30 petang, 25 Jan 2016.