Travel Tips

19 Januari 2016 | SELASA 

Di sini saya sertakan beberapa tips untuk memastikan anda dapat memaksimakan kepuasan dan keseronokkan semasa travel. Semoga bermanfaat!


1.  Mobile Data OFF

Yeah, untuk memastikan tiada gangguan semasa jenjalan menikmati keindahan alam. Eloklah kiranya kita berjeda sebentar daripada kesibukan maya. Seriously, percutian anda akan terasa lebih nikmat. Percayalah.

Jangan risau, nanti dah balik hotel boleh update segala benda guna wifi k. Huhu. Juga dapat menjimatkan duit daripada membeli simkad tempatan.

2. Membawa kamera

Rakam kesemua memori di tempat-tempat menarik dengan ambil gambar banyak banyak. Yes yes. Sebenarnya seronok kalau ada kamera kecik yang berkuasa tinggi sebijik. Senang nak bawak. Yes I know sekarang sume benda pakai smartphones, cumanya bateri smartphones tak menjanjikan kesetiaan sehingga ke malam. K fine ada powerbank. K malas cakap dah. Hahaha. Tapi point dia kalau dapat kamera sebijik bawak travel memang nice ah.

3. Beli cenderahati untuk diri sendiri

Bila kita keluar travel, terutama yang pertama kalinya. Kita akan super excited nak beli souvenirs untuk family, sedara mara, kawan-kawan, jiran tetangga dan semua yang berkaitan la. Hahaha.

Jadi, amalkan untuk beli souvenirs yang kita nak dulu. Beli untuk diri sendiri dulu baru beli untuk orang lain. Menjadi kebiasaan bila balik rumah, kita pun agih-agih harta pusaka dari luar Negara. Sudahnya satu pun takde untuk kita. Haha. Dek kerana terlalu excited nak belikan untuk orang. Kita pulak yang melopong. Hoho.

4. Jangan tido

Sepanjang perjalanan tu kalau boleh jangan la tido. Nikmati pemandangan sebaik mungkin. Bukan selalu nak pergi travel jadi gunakan masa yang ada sebaiknya. Sambil tengok keindahan alam, kat sini la kita boleh membayangkan macam-macam. Betapa hebatnya nikmat yang Allah dah kurniakan. Betapa indahnya setiap ciptaanNya. Jadilah kita dalam golongan manusia yang berfikir dan bersyukur.

So far tu je yang terfikir, and yeah. Semoga bermanfaat!