Review : Momento
28 Januari 2016 | KHAMIS
Buku kedua yang selamat dikhatamkan sepanjang cuti sem nan
pendek ini.
Shortly, buku ni berkisar pengalaman silam penulis team
Tarbiyah Sentap yang pernah melalui dark pathway semasa muda atau waktu kecil.
Aku rasa semuaa orang ada cerita tersendiri. Ya, aib
sendiri Allah dah simpan baik-baik, tak perlu la nak hebohkan aib sendiri kan.
Tapi untuk buku ni, mereka menceritakan pengalaman silam
bukanlah nak bukak aib sesaja. Tapi sebagai pedoman dan inspirasi buat anak
muda. Nak bagitahu manade manusia macam malaikat, sume pernah buat dosa. Sume
pernah buat silap.
Kalau anda rasa anda cukup jahat, percayalah ada orang lagi
jahat dari anda. Bezanya? Taubat. Ya, bertaubatlah. Sesungguhnya pengampunan
Allah itu maha besar. Allah Maha Pengampun.
Momento pun best. Tiada alasan untuk jadi baik. Semua orang
boleh jadi baik.
Semoga bermanfaat!