Kelebihan dan Kekurangan
18 Januari 2016 | ISNIN
Bila berada dalam kelompok semua orang hebat ni, sedikit
sebanyak kau akan down jugak kenkadang sebab kau rasa kau takde apa. Tapi, aku
percaya setiap orang ada kelebihan masing-masing.
Contohnya;
Ada orang lantang bersuara, tapi tak pandai menulis
Ada orang pandai menulis, tapi tak boleh bercakap depan
khalayak ramai
Ada orang dia boleh bercakap tahap menggoncang jiwa dan boleh
menulis sampai sentuh hati
Semua orang lain-lain. Serious tak sama.
Aku percaya, kalau semuaaaa orang lantang bersuara. Habis la
perang mulut.
Aku percaya, kalau semuaaaa orang sibuk menulis, yang tak
baca buku habis lah terbiar.
See?
Dan sesungguhnya tugas menyampaikan tu tugas semua orang. Bukan
hanya terhad pada menulis dan lantang berhujah. Tapi boleh jugak gunakan medium
lain.
Mungkin melalui poster tarbawi, komik, doodles, lagu, puisi
dan macam-macam lagi.
Yang penting, kreatif. Ya, orang kreatif ni boleh buat
macam-macam-macam benda.
Jadi, tak perlu la down tengok orang lain hebat. Percayalah,
kita pun hebat. We are just awesome in our own way.
Find your strength, benefit others.