Hadek
22 Disember 2015 | SELASA
Mungkin atas sebab aku membesar dalam persekitaran asrama,
aku rasa senioriti tu bagus.
Senioriti? Yes.
Kepada yang pernah duduk asrama mereka akan tahu dan faham
perasaan aku. Being a senior in your school life times are superb and awesome.
Hahahaha. Dengan kata lain being a senior means that semua orang kene dengar
cakap kau, kau lah yang paling betul, harus dihormati in any way dan etc etc.
Tarbiyah makes me feel the other way round.
Semakin hari aku bersama tarbiyah, semakin perasaan
senioriti tu terhapus dengan jayanya.
Masa aku memula tengok akak senior tu dengan budak tu dulu satu sekolah dia, diorang bila duduk dalam satu bulatan dan berbual seolah-olah diorang tak pernah satu sekolah pun. Rapat sangat. I can feel that seriously. Faham tak? Macam takde gap. Semua orang anggap kita sama je. Takde istilah senioriti lagi. No more.
Dan sesungguhnya dalam banyak sangat perkara, aku akui
hadek-hadek lebih baik. Terer kot. Kita pun boleh belajar macam-macam dari
mereka.
Dan kita selalu underestimate keupayaan orang bawah kita
sampai satu tahap kita takut nak lepaskan tanggungjawab pada mereka. Dengan
anggapan mereka tak boleh buat semua ni. Padahal, bila dah dapat jawatan tu
contohnya, diorang survive je. Lebih baik pulak tu.
Maybe being a senior ni kadang-kadang kita rasa kita je
bagus. Kita tak perasan kita menyekat peluang orang lain.
So kepada senior-senior atau super-super senior sekalian.
Hadek-hadek junior kita tu hebat je. Percayalah. Satu hari nanti mereka akan
jadi senior jugak hiks.
Eh kan ada Super Junior!
*K lawak kpop hambar kbai