Travelog :Pulau Pangkor
19 November 2015 | Khamis
Alhamdulillah, balik cuti midsem haritu abah ajak ke Pulau
Pangkor.
Selama 20 tahun hidup ni, rupanya tak pernah lagi ke Pulau
Pangkor. Haha. Sedih betul la.
Perjalanan bermula pagi dari rumah. Selangor-Perak dalam 4
jam juga la.
Sampai sahaja di Jeti Lumut, kami menaiki feri pada pukul 12
lebih macam tu. Tak tengok jam pulak masa tu.
Tiket feri Dewasa pergi balik : RM10
Tiket feri Kanak-kanak pergi balik : RM5
Perjalanan dalam feri ke Pulau Pangkor dalam 20-30 minit
macam tu. Tak tengok jam jugak sebab mengantuk hahaha
Sampai je di Jeti Pangkor, kami menaiki van rusa sewaan abah
untuk check-in ke resort. Kami menginap di Palma Beach Resort. Cantik weh!
Haha. Dekat je dengan pantai.
Dah test katil jap, letak barang, solat lepastu kami pun
keluar semula nak makan tengahari. Gerai makanan yang ada sekitar pantai takde
lah banyak sangat, tapi boleh la nak tukar-tukar selera. Harga pun standard je.
Dah kenyang balik bilik siap-siap nak pergi island hoping
dan snorkelling.
Kos snorkelling : RM15 sahaja
Kami dibawa pusing-pusing pulau pastu baru dihantar ke
tempat snorkelling. Aku jadi ketagih snorkelling since snorkelling kat Krabi
haritu hahaha. Syukurlah aku tidak menggelabah lagi di dalam air hahahaa. Masa snorkelling
tu aku berpeluang pegang timun laut aka gamat. Uish geli geleman kome. Lembik
semacam. Itu pun ehsan abang yang datang dari mana entah, rasa nya local people
yang kasi aku pegang hahaha. Bila lagi nak pegang gamat kan? Kalau pegi Langkawi
pun jumpa yang dah siap jadi minyak je hahaha.
Balik dari snorkelling bersihkan diri lepastu malam tu makan
malam. Lepastu aku jalan-jalan laa di sepanjang jalan tu cari benda yang boleh
dibeli. Tapi takde yang berkenan di hati. Jadi aku pun pulang haha.
Pagi hari kedua, aku bersarapan di gerai ni. Well, pilihan
untuk sarapan pagi tak banyak sangat. So sarapan pagi aku tak best sangat la.
Memandangkan hari kedua hujan, well sekarang kan musim
hujan. Aku pun tergolek jelah dalam bilik. Bercuti dan berehat haha.
Alhamdulillah hujan kejap je. Kami keluar balik. Aku lepak
je tepi pantai tu tengok adik-adik aku mandi. Lepastu aku jenjalan cari
makanan. Sebab aku rasa lepak tepi pantai sambil mengunyah sangat heaven
hahaha.
Kami check-out dalam pukul 1230 tengahari. Dan kami pun
pulang ke rumah.
Baiii Pulau Pangkor.
Komen aku, Pulau Pangkor is a nice place to visit with a very
little budgets.
So kalau rasa nak bercuti dan berehat tapi ngak ada
ongkosnya. Maybe boleh try la Pangkor.
So yeah, semoga bermanfaat. Adios! Jaa ne J