Berkatnya Masa
19 Oktober 2015 | ISNIN
Tergerak hati nak tulis pasal ni.
Mak usrah aku kata
“Bila kita ni sibuk, masa kita berkat”
Sibuk tu sibuk buat apa?
Sibuk la. Mana nak pergi kelas, buat assignment, nak pergi
program tarbiyah, usrah, kerja-kerja dalam persatuan lagi, study lagi. Pheww
semput.
Kenapa berkat?
Bila kita sibuk dengan semua perkara berfaedah. Takde la
kerja nya tidur je. Bangun tido online, main game, makan, marathon movie, tido
balik. Ish ish ish. Hambar nya hidup.
Nampak tak bezanya?
Sebab tu lah kita dituntut untuk mengisi masa lapang
sebaiknya. Pernah tak dengar? Nikmat yang selalu melalaikan manusia ialah
nikmat sihat dan masa lapang. Kalau kita ni tak kuat, kalau ada masa lapang
mula la nak buat benda-benda tak berfaedah.
Allah sendiri bersumpah demi masa dalam Surah Al-Asr.
Sesungguhnya manusia semua dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan
beramal soleh.
Mungkin boleh cari lagu nasyid Demi masa by Raihan. Hayati
liriknya.
Aku pernah terbaca suatu artikel ni, katanya bila kita ada
waktu lapang je, maksudnya ada something yang tak setel. Sebab, sebenarnya
TIADA isitilah masa lapang. Hanya masa yang yang terisi dengan perkara
berfaedah.
Jadi, jom berfikir sejenak. Macam mana kita nak buat masa
kita sehari-hari lebih berkualiti dan digunakan pada kadar maksimum.
Jom mula buat jadual!
Jaa mata!