Ayah Ibu Kau Heroku
25 September 2015 | Jumaat
BAKTI | Ayah Ibu Kau Heroku (AIKH)
Hai gais!
Masih tak terlambat rasanya nak ucap, Selamat Hari Raya
Aidiladha kepada semuaaa yang menyambutnya. In shaa Allah, raya tahun ni lebih
baik dari tahun lepas.
Cerita pasal raya korban. Kita akan selitkan sekali cerita
pengorbanan. So apa pengorbanan yang anda anda anda yang tengah baca ni dah
lakukan? Fikirkan lah.
Sempena Raya Aidiladha tahun ni, team Bakti PEMBINA UNIMAS
tak ketinggalan nak buat program. Program AIKH ni dah lama plan. Beraya di
rumah warga emas, Rumah Seri Kenangan, Kuching akhirnya jadi kenyataan selepas
menempuhi pelbagai kesusahan. Phew.
Everything went well sampai la kami tiba ke Rumah Seri
Kenangan (RSK). Haha
Rupanya pada hari yang sama ada juga badan lain yang buat
program dekat situ so drastically tentative kami berubah. Tapi kami cuba la
sehabes baik. Thanks to those sekretriat yang sangat bersemangat dan bertungkus
lumus.
Team gotong royong-royong agak sadlife lepas officer RSK
bagitahu kawasan sana dah bersih haha
Team memasak paling sibuk sebab sampai je dah kene terus
masak. Rendang ayam, sayur campur, just marvellous. Yummy bebeh.
Team aktiviti banyak luangkan masa dengan warga emas di RSK.
Aku, sibuk ke sana ke sini sume berantakan hahaha. Poning
den. Tapi Alhamdulillah semua pun okay. Penyumbang tenaga semua bersungguh
jadikan aku lebih lega.
Waktu makan tengahari RSK, aku bercadang join team yang nak
bagi makanan pada warga emas yang masih dalam hostel. Bagi warga emas yang
boleh berjalan, mereka ke dewan untuk bersama kami. Yang tak dapat bergerak,
mereka di hostel menunggu makanan.
Masuk je hostel kami nampak pakcik-pakcik mungkin mereka ni
pun dah pangkat atuk-atuk menyerbu kami sebab lapar. Kami pun layan la. Ada
yang nak telur lebih, ada yang taknak makan. Macam macam. Mereka ada bekas
makanan sendiri jadi kami datang dengan hanya mengisi bekas tersebut. Sayunya
bila tengok atuk-atuk ni makan tangan menggeletar, nasi tak masuk mulut. Rasa
sedih sangat. Kenapa la sanggup anak atuk ni hantar ke sini? Ia membuatkan aku
takut dengan masa depan. Semoga aku kuat.
Kami teruskan lagi menghantar makanan pada semua penghuni.
Sehingga tiba di hostel terakhir. Aku berjumpa seorang nenek ni. Aku menyenduk
kan dia makanan. Disebabkan tu last stop aku pun ambil keputusan untuk berborak
dengan nenek tu.
Tetiba pegawai hostel lalu, dia kata nenek tu tak nampak. K aku
terus sedih. Aku duduk di tepi katil.
“Nenek mok makan? Selalu nya sapa yang suap.”
“Nenek suap sendiri.” Sayu sangat. Sampai aku amek keputusan
untuk suapkan nenek tu.
“Nenek tauk ka haritok Hari Raya?”
“Tau.”
“Camne nenek tahu?”
“Nenek dengar radio.” *airmata bergenang
Lepastu nenek tu kata rasanya baru je raya. Dah raya
aidiladha pulak.
Aku tanya la, waktu raya haritu dorang buat apa. Nenek tu
kata duduk je.
Hmmmm aku tk tahu la nak describe macam mana tapi sangat
sedih.
“Macam ne nenek ada kat sini?”
“Dah takde sapa mok jaga nenek. Tu la dihantar ke sini”.
Aku tak pasti kenapa dan mengapa. Tapi tengok nenek tu.
Macam nenek aku. Tergamaknya orang hantar nenek tu ke situ. Katanya dia dah 3
tahun kat situ. Daripada masih celik sampai lah tk dapat melihat.
Mungkin aku taktahu apa masalah anak/keluarga/sedara mara
yang hantar orang tua kat sini. Aku cuma tahu memang tak patut. Wajarkah
seorang anak menghantar ibu bapanya ke rumah orang tua dengan alasan sibuk? Benarlah
orang kata, seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak. Seorang anak tak tentu
lagi boleh jaga seorang ibu.
Bila dengar cerita orang lain. Aku rasa makin sebak.
“Orang kata nenek tu kene hantar konon nya sebab anak dia
nak tumpangkan kejap sebab nak renovate rumah. Lepastu sampai sudah tak amek
balik”
“Nenek suka duduk sini. Ada orang bagi makan. Ada kawan. Kat
rumah takde sapa nak kawan dengan nenek. Takde sapa nak jaga nenek”
Allahu. Semoga kami kuat dan dapat menjadi anak soleh
solehah untuk ibu bapa kami. Ya Allah, lindungi lah kami dari sifat tak
bertanggungjawab. Peliharalah ibu bapa kami. Amiin.
Hargai dan Sayangilah ibu bapa anda selagi mereka masih hidup.
Sesungguhnya redha Allah terletak pada redha ibu bapa.
Jaa mata ne :)