The Power of Writing

SELASA | 30 Jun 2015

Dua hari dah dekat rumah and I just feel great! Hehehe
Sebenarnya harini macam nak merepek so aku pick satu topic ni nak cite. So yeah.

Kepada yang follow blog aku dari sekolah *aku tahu tak ramai or mungkin takde pun hahaha k whatever. Mesti korang perasan cara penulisan aku dah berubah sikit-sikit. Boleh dikatakan lebih matang atau tak mengarut sangat macam dulu-dulu haha. Serious talk, aku baca sendiri pun macam malu gila.

I be like..

‘Benda mengarut apa aku tulis time kekecik ni’ hahaha

‘Aku ke yang tulis ni’ hahaha

Semuanya bermula dari sini,

Click to enlarge


Benda ni buat aku sentap tersentap lagi menyentap jiwa aku.

Apa benda yang aku tulis selama ni diperhatikan. Well, aku tak pernah fikir pun nak jadi blogger femes ke apa ke kan. Tapi bila haritu aku join talk by Brother Aiman Azlan, he said setiap benda yang kita publish online tu dah kira public. So beware dengan apa yang kita nak post. Apa effect dia pada masa depan and so on.

Bila aku dapat soalan ask.fm tu, aku terus usha balik blog aku. Aku baca balik. Aku terfikir, apa benda je yang aku tulis bermanfaat untuk orang. Ya Allah rasa sedih sangat. Entah apa-apa entah aku tulis. Buang masa orang je baca blog aku. Rasa bersalah tu sangat mendalam sampai aku ambil keputusan untuk buang semuaaaaaaaa entry blog aku yang mengarut dari kecik tu. Just imagine dah berapa tahun since aku start blogging dan entry mengarut tu sangat lah banyak. Alhamdulillah aku berjaya delete semuaa nya herher. Achievement unlocked.

Lepastu aku berazam. Semua benda yang aku tulis dalam blog lepasni haruslah bermanfaat untuk sesiapa sahaja yang membaca, terbaca, meng-stalk or whatever lah. Aku cuma manfaat kan dengan tips menarik, travelog, pengalaman yang aku rasa boleh diambil pengajaran darinya atau apa saja yang aku rasa bermanfaat. Semoga bermanfaat k.

Habit baru aku. Aku suka baca blog sendiri. So memang kalau aku rasa entry ni macam karut sangat aku delete je hahahaha.

Kalau kita tengok blog orang-orang femes macam Dena Bahrin, Irine Nadia, Dr Harlina dan banyak lagi. Macam mana penulisan mereka boleh mempengaruhi sesiapa je yang membaca. Well, they just don’t know you but they have thousands of fans. Bayangkan dengan kuasa penulisan je dorang boleh ajak orang buat benda baik. Macam Dena Bahrin, penampilan dia sebagai ikon muslimah sedikit sebanyak mempengaruhi anak muda untuk cuba nak pakai tudung labuh and so on. Bukan kah itu benda yang bagus? Macam Dr Harlina, isteri kepada Dr SMS, angkasawan tu hehe. Dia selalu update pasal perkembangan anak-anak dia. Tips nak handle anak-anak wisely dan macam-macam lagi. Mesti semua orang tahu, anak pertama Dr Harlina kekecik dah pandai berenang. How they managed to do that? Amazing kan. Aku pun tak reti berenang herher malu nyew haha.

So nampak tak perlu nya jadi femes supaya senang kau nak sampaikan benda baik. Haha. Nampak macam eeuw poyo nya kejar popularity bla bla bla. Tapi ia salah satu strategi sebenarnya. Serious.

Kepada yang tak femes pun *macam aku la haha. Just mind your entry. Once kau ada blog tu mesti ada pembaca. Tak kesah la dari pelosok mana pun dia muncul. Mesti ada. Trust me. Stop talking about your bf or mengata orang dalam blog. Walaupun blog ni lebih kepada personal matter. But remember, apa SAHAJA yang kita buat, kita tulis, bukan kah akan disoal kelak? Lets say kau mengamuk cerita pasal si polan ni kat blog. Memang la si polan taktahu pun, tapi malaikat kiri kanan kau ada je usha. Beware okay?
So yeah. Moh la kita tulis benda baik-baik je. Hehe.

Semoga bermanfaat.

Jaa ne :)