R O A R

 

ISNIN | 1 Jun 2015

Road to Ramadhan (ROAR) oleh Biro Dakwah dan Tarbiyah PEMBINA UNIMAS
Pagi isnin yang indah. Biasanya aku memang takde kelas since kelas Isnin aku memang ada sigek (satu dalam bahasa Sarawak) je hari isnin. Tapi sebab harini ada ROAR *bunyi rimau so kita gagahi jua lah hehehe

Melihat kepada tajuk ceramah umum dan forum program ROAR ni.

Ceramah Umum: Hijrah: Haruskah aku Berubah?
Forum Ramadhan: Ibadah VS Peperiksaan

Penceramah yang dijemput Ust Vokalis kumpulan nasyid Fetya (my bad aku tak salin nama dia. Maap) Haha. Sempoi ah best aku tak mengantuk kikikikih

So meh kita tengok slot pertama. Tajuk Hijrah.

Dulu-dulu time sekolah aku dengar perkataan ni time nak Maal Hijrah je. Hehehe. Menjadi budak sekolah harian ni tak power macam budak sekolah agama ke SBP ke MRSM ke yang sangat menekankan aspek kerohanian. So kami ni cuma didedahkan bila ada sambutan macam tu lah. Nak Maal Hijrah ke Ramadhan ke Syawal ke. So memang kene banyak usaha sendiri la.

Alhamdulillah la lepas masuk Asasi dia macam dah nampak dah cahaya tu haha. Bila masuk degree dia macam makin bagus la. Surau kolej-kolej rancak buat program. DAMAI lagi. PEMBINA lagi. Program PEMBINA sume best k. Rugi tak join. K promote. Memana je ada kuliah agama, nak dengan taknak je.

Okay, jauh sangat ke aku melalut? Okay maaf kan aku hahaha. Tapi bukankah tu pun salah satu hijrah? Mungkin dalam konteks penghijrahan aku. Hijrah ni literally nya bermaksud berpindah. Macam maksud betul dia berubah dari yang tak baik kepada baik. Dari baik kepada yang lebih baik.

Okay back to the title. Hijrah: Haruskah aku berubah?


K soalan. Kalau kau noob cemana pun. Kalau kau tanya diri sendiri. Haruskah aku berubah? Apa kau jawab? Kau sure ke kau dah tak perlu perubahan? Berapa orang je yang betul-betul berpuas hati dengan diri dia yang sekarang. Okay jawapan semua boleh simpan dalam hati ya.
Aku rasa dari kecik setiap kali Maal Hijrah akan ada punya sesi ceramah pasal Hijrah ni. So aku toksah cite panjang. Cuma persoalannya, bila kita nak berubah? Jangan lah bertangguh. Lakukan perubahan sekarang! Yosh!

Next slot. Ibadah Vs Peperiksaan.

Isu ni timbul bila tahun ni kali pertama UNIMAS final exam time bulan puasa. So mungkin jadi isu malam tu nanti nak tarawih ke nak study. Ada 2 panelis hebat bersama moderator yang membincangkan isu ni. Ust Vokalis tu sebagai Panelis 1 dan Kak Pah sebagai Panelis 2.



Ringkasnya apa yang aku dapat tadi. Bulan Ramadhan ni bulan ujian. Jadi seolah-olah mengambil ujian dalam bulan ujian. Gituh hehe. Oh sebenarnya kita tak perlu pun nak buat alasan tk tarawih sebab nak study. Study tu patutnya sekarang pun dah mula. Kita kene pandai la uruskan masa dan ibadah kita waktu Ramadhan nanti.

Dan kata ayahanda TNC, exam tu dibuat buat untuk membebankan tapi untuk menguji sejauh mana kefahaman kita dalam pelajaran. Tak patut kita salah kan exam. Okay part yang tu deep sangat. Haha.

Sebenarnya niat kita tu. Kalau niat kita kerana Allah, in shaa Allah semua benda Allah permudahkan. Bulan Ramadhan ni bukan nya selalu nak datang. Setahun sekali je. Itu pun taktentu lagi dapat sampai. Takde sapa boleh jamin kita akan hidup sampai akhir bulan Ramadhan apatah lagi Ramadhan tahun depan.

Jadi rugilah kita kalau kita tak sama-sama berlumba untuk mengumpul pahala di bulan Ramadhan ni. Belajar pun ibadah jugak. So pentingnya kita tahu cara nak menguruskan masa untuk sentiasa cukup untuk semua perkara penting tersebut. In shaa Allah. Aku pun cuak gak. Cakap memang senang kan. Takpe, yang penting usaha. Yosh! All the best final exam y’all!