Lawatan Mangsa Kebakaran di Kg Surabaya Ulu Kuching

 
AHAD | 31 Mei 2015
2 minggu lepas di Telegram, ketua PEMBINA kami hantar gambar yang menunjukkan sebuah rumah yang terbakar disebabkan litas pintas di Kg Surabaya Ulu Kuching. Jadi, ketua minta kami sebagai Biro Bakti bertindak untuk menolong keluarga mangsa tersebut.

Bagi kami benda ni sangat baru sebab tak pernah pun ada mana-mana biro yang buat. Tapi yelah dah nama pun Bakti, bila lagi nak berbakti pada masyarakat kan? Huhu. So kami pun ambil la peluang ni nak tolong mangsa tersebut.

Biasalah benda memang nampak sume macam senang haha. Banyak jugak hal nya nak kene setel sebelum betul-betul dapat buat kutipan bantuan untuk mangsa. Kene buat kertas kerja, memo, poster dan macam-macam lah. Nasib baik ramai yang membantu. Terima kasih semua *nangis jap. Benda macam ni memang nampak macam leceh tapi dekat sini la ujian kita. Apa niat kita sebenarnya? Sebab ketua suruh ke? Sebab nak glamour ke? Atau memang sebab nak tolong mangsa tu dan sebab Allah?


Bila dah serabut tu. Musahabah balik. Aku buat semua ni kerana Allah. Terus rasa tenang dan semua berjalan lancar. Smooth gitu. Hehe

Alhamdulillah semua pun berjalan lancar dan kami dapat release kan poster untuk kutipan derma tu. Dan Alhamdulillah jugak, bantuan dari pelajar UNIMAS sangat memberangsangkan. Hampir setiap hari jugak lah dapat call dari nombor yang tak kenal ajak jumpa nak pass barang. Perasaan tu macam Ya Allah bagusnya. Semoga Allah balas jasa baik kalian. Amiin.


Akhirnya selepas seminggu lebih mengumpul barang. Pagi tadi kami beramai-ramai ke rumah mangsa. Mula-mula tu macam takde sape je nak ikut. K sad sangat. Lepastu Alhamdulillah ramai yang mungkin tergerak hati last minute nak join. Walaupun pagi tadi hujan selebat-lebat-lebatnya. Macam-macam hal lain lagi tetiba muncul pagi tadi, tapi mujurlah semua pun boleh setel. Terima kasih la sebab semua pun sabar je, hehe.
Kami sampai ke rumah mangsa dalam pukul 10 pagi macam tu. Rumah mangsa berdekatan dengan kedai Kek Lapis Dayang Salhah. K orang duduk Sarawak tipu kalau tak tahu ni hewhew. So rumah mangsa depan sikit je.



Apa yang boleh nampak? Kosong. Memang semua bahagian di makan api kecuali tandas. Mujurlah rumah mangsa sebelah dengan surau. So kalau nak bersihkan diri takde lah susah sangat. Buat sementara waktu ni makcik ni sekeluarga duduk dalam khemah. Makcik tu kata khemah tu sedara dia yang dirikan. Sedara dia yang kerja catering dan uruskan khemah orang kahwin yang bagi. Ramai jugak orang kampung tolong-tolong. Menurut makcik tu lagi, dia akan dapat rumah baru dalam tempoh 3 bulan dari sekarang. Tapi buat masa sekarang dia berulang-alik ke rumah anak yang jugak duduk di sekitar Kuching.




Selepas sesi bertemu ramah, borak-borak dengan makcik tu dan keluarga yang ada. Kami pun berangkat pulang.




Waktu balik tu dah tak hujan jadi pemanduan lebih lancar Alhamdulillah.

Iktibar dari lawatan ni, kita patut lebih bersyukur dengan segala nikmat yang Allah dah kurniakan. Nikmat dunia ni cuma sementara. Harini mungkin hari makcik tu, esok lusa mungkin kita pulak. Apa yang penting, setiap ujian yang datang tu dia tempuh dengan hati yang terbuka. In shaa Allah sentiasa ada hikmah di setiap kejadian.

Memandangkan ini merupakan projek besar Bakti yang pertama yang aku join, aku rasa terlalu banyak benda yang perlu diperbaiki di masa akan datang.Pengajaran yang aku dapat, “Always have a plan B”. Tapi serious talk aku terharu betul dengan semua orang yang prihatin yang sama-sama membantu dalam misi ni. Aku tktahu nak tunjukkan terima kasih macam mana. Cuma boleh berdoa agar Allah sentiasa merahmati kalian. Amiin.

Okay dah membebel haha

Jaa mata!