Review : Cool Japan Guide
AHAD | 26 April 2015
Alhamdulillah masih hidup.
Midsem tinggal satu je lagi paper *pheww
Sebenarnya aku dah lama terfikir nak kongsi apa yang aku
baca dengan orang. Dia macam ni, aku suka baca buku so apakata aku share apa
yang aku baca dengan sini. Mana tahu ada yang tak suka baca buku, tapi suka
baca blog aku. Gituhh hahaha. Macam pantun dah pulak.
Selepas berjaya mendapat BB1M untuk kedua kalinya. Aku pun
untuk kedua kalinya membelanjakan sejumlah nilai di MPHOnline. Hewhew. Senang
kot. Gua klik sana klik sini. Checkout. Jakgi posmen hantar buku, kita pass cek
kat dia. Cek bentuk BB1M la. Haha acah acah kaya.
Jadinya buku ni merupakan salah satu buku yang berjaya
dibeli menggunakan cek BB1M
Tajuk dia Cool Japan Guide by Abby Denson.
Okay.
Usha tajuk pun dah boleh agak en pasal apa. Yes, pasal
Jepun. Actually aku dari kecik memang tahap taksub ah Jepun ni apabenda pun
pasal Jepun ni aku kagum hahaha. So buku ni sangat menarik sebab sangat banyak
cerita pasal apa yang menarik dengan Jepun. Banyak nya perkataan menarik heh.
Buku ni diceritakan dalam bentuk kartun, so macam kau baca
komik la. Santai je. Tapi info dia semua bagus bagus. Isi kandungan buku ni
termasuklah keperluan kesana, tempat menarik, makanan tradisional, teknologi
Jepun, adat budaya Jepun, sakura dan memacam ah.
Aku nak kongsi a few things la dekat sini.
Shinkasen (Bullet Train)
Okay. Jepun sangaaat femes dengan Bullet Train dorang. Train
ni macam kebanggaan warga Jepun la. Tapi
nak kata train ni sangat laju. Reka bentuk
train ni macam flight. Mampu bergerak 300+/km. Lajuu k. Train ni merupakan
kenderaan utama jugak la utk warga Jepun sebab train ni menghubungkan Bandar-bandar
utama.
Otearai (Toilet)
Lawak en cite pasal toilet. Tak, cerita dia sekarang toilet
Jepun sangat canggih. Toilet pun ada macam-macam jenis. Sume nya dilengkapi
dengan suis bagai. Alat pemanas la. So memang memberi keselesaan kepada
pengguna.
“Otearai wa doko desu ka?”
“Where is the toilet”
Haaa, memandangkan toilet adalah salah satu perkara paling
penting utk kau tahu tempat dia. Wajib la untuk hafal ayat diatas bila ke Jepun
nanti ya. Hehehe.
Hanami (Cherry Blossom Viewing)
Musim bunga di Jepun sangat meriah dengan Hanami. Hanami tu
macam keluar pergi tengok bunga Sakura, gituh. Memang sakura ni bukan sahaja
diminati pelancong asing, malah penduduk tempatan sendiri akan keluar berkelah,
lepak lepak masa Hanami ni. Ni antara impian ni. Doakan aku dapat pergi, In
shaa Allah. J
Takoyaki (Octopus Ball)
Takoyaki ni aku rasa dekat Malaysia pun banyak. Boleh
dijumpai di Sushi King, Jusco dan sebagainya. Tako tu maksud dia sotong.
Perkara penting untuk Muslim tahu ialah, Takoyaki dekat sana memang boleh
dimakan sebab diperbuat dari tepung dan sotong. Tapi kene make sure bebetul sos
dia. Sebab kebanyakan sos takoyaki diperbuat daripada pork. Ek, tercemar
blog aku hahaha. So kene lah rajin bertanya ya.
Themed Café
Jepun ni kan terkenal dengan anime dan yang seumpama
dengannya. Jadi themed café ni sangat menarik minat orang luar untuk try café yang
bertema ni. Femes themed café macam Maid Café and Butler Café. Dekat Maid Café akan
ada kawaii girls yang pakai baju maid comel-comel yang serve setiap pelanggan
yang datang. Umpama nya setiap pelanggan yang datang tu majikan dorang. Style
en. Butler café pulak dia konsep Butler. So bila perempuan datang ke Café tu
butler tu sume akan layan kau macam tuan puteri. Even dorang akan panggil kau,
tuan puteri. Sesapa rasa teringin nak jadi princess tu boleh la try hahaha.
Banyaaaaaaaaaaaak sangat benda nak cerita tapi kang panjang
sangat pulak.
So kat mana nak cari buku ni? MPH ada. In shaa Allah.
Doakan aku dapat ke sana suatu hari nanti. In shaa Allah.
Done for now. Semoga bermanfaat. Jaaa ne.