Travelog : Medan
Alhamdulillah masih diberi nyawa hari ini.
Aku menjejak kaki ke bumi Medan, Indonesia minggu lepas la
lebih kurang tapi tersangatlah takde masa nak menghapdate semua aktiviti
disana.
Jadi, harini. Let’s talk about Medan!
Salah satu tempat pelancongan yang agak popular dalam Negara
Indonesia. Kepada penggemar alam sekitar, pemandangan semula jadi memang wajib
datang sini.
Danau Toba tersangaaaaat lah cantik yang amat. Danau tu maksudnya tasik. Jadi, Danau Toba turut dikenali
sebagai Tasik Toba.
Day 1
Kami tiba di Kualanamu Airport dalam pukul 8.45 am lepas
jumpa Pak Ahmad (tourist guide) kami terus ke van dan dibawa menuju ke Parapat
iaitu salah satu tempat di Danau Toba.
Biasalah baru turut plane tu perut dah bunyi bunyi mintak
makan hahaha. Kami sepakat mintak Pak Ahmad berhenti memana untuk breakfast.
Jadi kami singgah di Restoran Ayam Goreng Mania. Aku rasa ni macam high class
restaurant sebab tengok gaya pelayan pakai baju seragam balik, tempat pun
bersih, susunan dalaman memang sedap la mata memandang hehehe. Jadi kami pun
makan.
Aku, adik aku, Hazirah dengan membe sekolah aku, Aman, kami order Bakso Tauhu which cost Rp 15 000 lebih kurang RM4.50 mcm tu lah. Bila dah sampai k faham. Bakso Tauhu ni rupanya dia Bakso biasa macam kat Malaysia cumanya tauhu yang dia letak dalam bakso tu ada isi. Kan selalu tauhu dalam dia kosong en, cuma ada ruang udara ceh. Ni dia ada daging! Hahaha gue bagitahu lo ya sedap banget! Hahaha. Oh air kami order dari menu, Manis Dingin. Sekali sampai teh o ais daaaaa. Manis dingin eh? Okay fine hahaha
Aku, adik aku, Hazirah dengan membe sekolah aku, Aman, kami order Bakso Tauhu which cost Rp 15 000 lebih kurang RM4.50 mcm tu lah. Bila dah sampai k faham. Bakso Tauhu ni rupanya dia Bakso biasa macam kat Malaysia cumanya tauhu yang dia letak dalam bakso tu ada isi. Kan selalu tauhu dalam dia kosong en, cuma ada ruang udara ceh. Ni dia ada daging! Hahaha gue bagitahu lo ya sedap banget! Hahaha. Oh air kami order dari menu, Manis Dingin. Sekali sampai teh o ais daaaaa. Manis dingin eh? Okay fine hahaha
K kami meneruskan perjalanan setelah kenyang. Sekali Pak Ahmad kata perjalanan ke Parapat ambil masa 5 jam. Pergh panas ah tempat duduk 5 jam kot. Memula tu aku eksaited gak lah usha kiri kanan tengok pemandangan. Lelama layu jugak mata gue. Haha. Sudahnya diam satu van tu tido. Vacation ni melalui travel agency yang kali ni ada 11 orang. Aku, Hazirah, Aman, Makcik aku dan suaminya, sepasang suami isteri lain dan 4 lelaki yang 2 antara mereka bujang cehh hahaa.
Dalam perjalanan yang 5 jam tu ada jugak Pak Ahmad cerita.
Medan ni dihuni majoriti kaum Batak. Kaum ke bangsa ke aku tak pasti lah. Batak
ni ada 5 bahagian. Yang cuma 1 daripadanya yang Islam. Boleh bayang la kot
sebab sepanjang perjalanan kau boleh nampak gereja dengan sangat senang.
Memandangkan hari pertama tu hari Jumaat. Jadi para lelaki
yang ada masih wajib menunaikan solat Jumaat. Kami berhenti di salah sebuah
masjid untuk memberi laluan abe abe itu semua sholat.
Sebab nak tunggu 5 jam tu sangat lama dan perut tu meminta
makan tengahari jadi kami seperti dijadualkan singgah di Restoran Panorama.
Sajian lauk pauk masakan Padang. Nice lah jugak tapi aku makan tak leh masuk
sangat sebab banyak sayur heh! Hahahaha. Selesai makan kami solat jamak then
teruskan perjalanan wewewewe
Aku terjaga bila dah nak sampai. Kepala pening macam hape je sebab jalan macam Bukit Putus, macam jalan pegi Cameron Highland gak. Macam ular kene palu, tahu? K bagus. Perut lapar balik (baru bangun tido kot biasalah) hahaha.
Aku terjaga bila dah nak sampai. Kepala pening macam hape je sebab jalan macam Bukit Putus, macam jalan pegi Cameron Highland gak. Macam ular kene palu, tahu? K bagus. Perut lapar balik (baru bangun tido kot biasalah) hahaha.
Lepastu tengok tingkap. Perghhhhh Subhanallah ni ke Danau
toba? Cantik gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
I’ve seen Danau Toba in Google
image but the real Danau Toba is far more beautiful than in the internet.
Well,
cemana canggih pun kamera tu real punya gak yang lagi cantik kan.
So aku jakun kejap tengok tasik tu besar gilaaaaa. Jakgi Pak
Ahmad mula la bercerita. Danau Toba ni terhasil dari bekas gunung berapi lebih kurang
25 tahun dulu. Ia tasik semula jadi lepas berpuluh tahun kene hujan la apa lah.
Luas tasik ni 100 km x 30 km. Besar gila en? The best part is dekat tengah
tasik tu terbentuk pulau sebesar Singapura yang telah dimajukan dan didiami
masyarakat Batak sampai harini. Pula utu dikenali sebagai Pulau Somasir. Jadi,
pulau tu turut dijadikan sebahagian tarikan kepada pelancong yang datang ke
Medan.
K Danau Toba ni dari jauh dah nampak cantik gila. Semakin
kami menghampiri Parapat, semakin jelas tasik ni, pulau tu. Dan aku memang rasa
amaze sangat tengok semua tu. Tersangat lah cantik tak ternyata, tak
ter-describe ha hamek kau hahaha.
Parapat ni salah satu kawasan kat keliling Danau Toba yang
turut didiami oleh kaum Batak. Masih ada golongan Muslim yang tinggal dekat
sini. Jadi dapatlah kami makan hehehe.
Sampai je kat Parapat kami check-in hotel. Mungkin lagi
sesuai dipanngil chalet. Bebetul depan tasik. Cantik gila view k. Depan bilik
siap ada ferri tersusun. Memang sugoii ah.
Malam tu kami makan kat salah satu gerai makan Muslim kat
Parapat tu. Lepas makan, balik bilik balik lepastu tido J
Day 2
Sarapan disediakan pihak chalet. Dah kenyang kami pun menuju
ke jeti untuk naik ferri. Ke Pulau Somasir ke kita!
Macam biasa memula naik ferri dia macam over eksaited. Pastu
tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Haaaa baru tahu. Jauhhhhhh wehhhh.
Hahaha last last duduk je diam-diam. HAHAHAHAA.
Memula Pak Ahmad tunjuk la peta pulau tu memang besaq habeh
lah.
Lepastu kami terus ke makam raja kaum Batak ni. Aku pun tak tahu kenapa kene visit makam tapi aku ikut jelah kan. Sejarahnya, raja Batak dulu-dulu tak ditanam dalam tanah sebaliknya mereka ditanam dalam batu. K technically tak de la tanam, letak je dalam batu then simen, kot. Seram lah tempat tu serious cakap hahaha
Lepastu kami terus ke makam raja kaum Batak ni. Aku pun tak tahu kenapa kene visit makam tapi aku ikut jelah kan. Sejarahnya, raja Batak dulu-dulu tak ditanam dalam tanah sebaliknya mereka ditanam dalam batu. K technically tak de la tanam, letak je dalam batu then simen, kot. Seram lah tempat tu serious cakap hahaha
Lepas lawatan tu kami diberi peluang shopping sesikit sebab
kat situ memang banyak kedai jual souvenirs yang kau kene kaw kaw mintak tawar
sebab agak mahal hehe. Tapi tu lah banyak barang yang tulis Lake Toba means
mungkin tempat lain kau tak jumpa dah benda tu. Yelah tempat lain dia tulis la “Tempat
Lain” kan? Haha
Sesampainya kami di jeti Parapat, kami menaiki van menuju ke
satu kawasan tanah tinggi ni untuk minum secawan Bandrek. K bandrek ni apa?
Bandrek ni bahasa Melayu dia teh halia la. Katanya kat tempat tu sedap. Order
secawan dapat 1 goreng pisang free haha. Well, aku tak try pun. Seram ah halia
hahaha.
Lepas mengeteh halia, kami pun beraktiviti bebas. Aku, Hazirah, Aman dan Pakngah Makngah aku menikmati durian Indonesia. K Pakngah belanja. Aku tak berapa makan sangat durian ni, tapi sebab nak rasa durian indon kan aku telan gak la hahaha. So nice la. Manis je. J
Next destination, Air Terjun Si Piso Piso. Nama dia macam tu
sebab katanya Piso tu maksudnya Pisau. Air Terjun tu macam pisau. Mungkin lah
kot. Tapi nak kata Air Terjun tu cantik ya amat!
Hari kedua ni lunch kitorg sumpah lambat gila aku dah
menggigil lama. Menuju ke Bandar Medan memakan masa 5-6 jam jugak. Kat situ
baru lunch. Gila betul sampai sana dah 6.30ptg. Buka puasa la jawabnya. Sume
dok makan diam dan laju hahahahahaa. Nampak la disitu.
Seterusnya kami ke Factory Outlet. Btw, aku tak minat sangat
baju dia dalam tu sebab sangat-lah-tak-muslimah. Rupanya sebelah tu ada lagi
kedai sports plak. K tu aku masuk aku membeli beg sandang. Kalau dekat
Al-Ikhsan dalam 60-70 sini boleh la dapat 30-40 sebab duit sana kan. Hehehe I loike.
Lepastu makan malam. Oh aku nampak ice-cream ni seberang
foodcourt. Well, bila ice-cream bertemu aku memang chemistry dia kuat. Jadi aku
pun pesan la satu nak try hehe. Sebab aku pegi dengan abang ni dia pun nak
jugak. Tetiba dia nak belanja pulak. Save la duit aku hahaha
Pulang untuk check in hotel di Bandar Medan.
Day 3
Bangun pagi pegi sarapan naik van menuju ke kedai-kedai yang
menjual telekung, batik dank ain pasang. I can say that boleh la kau nak usha
usha kalau berkenan kau beli lah.Tapi nak kata harga nak dibandingkan dengan
Bandung memang tak boleh lawan. Mahaiiii bakhang. So dikala orang lain sibuk
menyopping sana sini aku usha je ahahaha
Last destination sebelum airport is Istana Maimon. K aku tak
masuk pun istana tu sebab aku nampak banyak kedai jual memacam depan istana tu.
Dan yang paling menyakitkan hati kedai-kedai tu lagi murah jual barang dari 2
kedai yang kitorang singgah pagi tu. Zzzzz. Tapi tak semua la barang yang sama
ada, k itu beza dia. Tapi kalau macam t-shirt tulis Medan tu dekat kedai tadi
tu Rp 50 000, dekat sini Rp 30 000 sahaja. Okay la sedih. Tapi aku berjaya la
menghabiskan duit disini. Haha
Bila dah dekat airport, kene sediakan airport taxes hokay. Dulu aku pegi Bandung taxes dia Rp 75 000, sekarang dah naik oiiii Rp 200 000. Banyak k dia naik mendadak. So yeah mohon sediakan duit taxes hokay.
Bila dah dekat airport, kene sediakan airport taxes hokay. Dulu aku pegi Bandung taxes dia Rp 75 000, sekarang dah naik oiiii Rp 200 000. Banyak k dia naik mendadak. So yeah mohon sediakan duit taxes hokay.
Alhamdulillah panjang sehhhhhhhhhhhh aku tulis.
Semoga bermanfaat. Jaa ne.