Ta'lim
6 Disember 2014
Alhamdulillah. Sesuatu berlaku harini dan ia membuatkan aku
rasa lebih semangat nak menulis. Ye, trimas!
K harini nak share satu benda baru yang best.
Pada suatu ketika dulu, mak usrah aku cakap yang kitorang
kene buat ta’lim dekat surau dan ajak orang datang ta’lim tu dengar kitorang
bagi tazkirah.
K firstly, ta’lim tu apa? Ta’lim tu macam satu sesi
perkongsian ilmu. Jadi, kiranya kitorang la akan menjadi penyampai ilmunya.
Ta’lim ni tak lama. 30-45 minit camtuh. Ringkas tapi padat, in shaa Allah.
So nak jadi cerita, kitorang semua macam tak berapa nak
berminat la dengan cadangan mak usrah tu pada awalnya. Dia macam alamak susah
nya, malu nya nak bagi talk bla bla bla.
First time kami laksanakan ta’lim tu. Setiap ahli usrah aku kene bawak sorang kawan at
least untuk dengar ta’lim tu. So ada la beberapa orang luar selain member
bulatan usrah kitorang. Dan
Alhamdulillah perkongsian tu berjalan dengan sangat
baik. Dari minggu ke minggu, bertambah
pulak orang yang datang ta’lim tu.
Macam tak caya je setiap minggu makin ramai datang.
Alhamdulillah. Kitorang pun dah tak segan nak share ilmu. Bukan nak kata
kitorang hebat ke apa, kitorang pun buat research jugak. Cuma bila tengok
usrahmates cerita benda-benda best rasa macam masuk sangat ke dalam hati
sanubari. Terus lekat ke otak haha
So nak kata, benda baik ni kenkadang terpaksa dimulakan
dengan ‘terpaksa’. Tapi bila dah lama-lama buat, disulami pula dengan perasaan
ikhlas tu in shaa Allah benda tu bertemu keberkatan juga akhirnya. Sekarang,
aku jadi automatic sendiri. Oh dah jumaat, harini ada ta’lim! Terasa semangat
nak dengar harini cerita apa pulak.
In shaa Allah pada masa-masa akan datang bila free, aku
share dekat sini eh? Hehe
Jumpa lagi. Salam. Jaaa J