Travelog : Universal Studo Singapore

 
Rasa nak menulis harini. Lemme share with your my great moments in USS Singapore!

Alhamdulillah , akhirnya selepas plan punya plan beberapa minggu sebelum tu, aku iqah nunad dan farmira berjaya juga sampai ke Singapura! 

Actually en kitorang ni berhajat besau tapi takde lah berani mana pun , disebabkan parents sume dok busy sakan so aku suggest utk kitorang join trip. Travel trip by Solehah Travel. So yeah semua pun setuju so yeah its move on bebeh. Hewhew

Kami hanya perlu bayar RM299 untuk full pakej with breakfast , bus and the ticket. So agak berbaloi la sebenarnya. 

Perjalanan di mulakan tengah malam jumaat tu , dalam 12 tengah malam tu kami naik bas dari Damansara. Perjalanan memang lamaaaa k. Lama gila pulak tu logik ah kan dari Selangor ke Johor mana tak jauh. So banyak kali gak ah terjaga tapi sebab mengantuk ku belasah jua haha

Kami sampai ke R&R Gelang Patah dah pagi. Dalam 5 camtu kot so dekat situ nak mandi nak solat subuh sume setel. Lepas solat kami diberi breakfast , nasi lemak telur mata satuu! 

Lepas dah kenyang kami teruskan perjalanan. Persinggahan pertama di Imegresen Malaysia di Johor. Itu sepantas kilat je. Lepastu kami pun melalui jambatan yang menghubungkan Malaysia-Singapura. Serious, pemandangan dia Ya Allah cantik sekali!

Next persinggahan , Imegresen Singapura. Agak lama. Tapi pegawai dekat sana sangat la muka tegang garang habes. Tapi sume nya okay je. Dah setel Imegresen kami naik bas dan the journey is started!

Kami tak terus ke USS , travel trip ni bawa kami jenjalan dulu Kota Singapura ni. Pemandu pelancong pulak tersangat-lah sporting dan memang digemari ramai. 

First stop in Singapore, Chinatown.



Disini tempat yang paling sesuai untuk pelancong membeli buah tangan utk sedara mara anak famili jiran tetangga sume lah haha. Sebabnya harga dia jauh lebih murah dari kalau kita beli dekat bandar atau dalam USS tu sendiri. Dekat sini boleh dapat sepapan keychain ada 6 cemtu SGD 2 je. Pastu t-shirt 'I love Singapore' tu SGD 10 boleh dapat 4. So murah la kan. Memandangkan duit poket aku memang sangat sikit matawang SGD so aku prefer beli la sikit buah tangan disini hehe

Second stop , Chocolate Factory.

Bak kata tour guide, singgah sini just nak minum air coklat sejuk free but sesapa yang rasa nak shopping coklat tu boleh je. Hahaha. Aku kantoi plak minum dua kali air free tu buat malu je haha. Tapi serious talk air tu sangat lah sedap. Jangan risau , coklat disitu halal belaka. 

Third stop , Arab Street.

Satu benda je nak cari dekat Arab Street ni. Murtabak Singapura. Katanya makanan signature sini so kene la try. Aku pon beli la yang paling kecik aka paling murah. Itu pun share lagi dengan iqah haha betapa berjimat nya aku. Small - SGD 5. Rasa dia? Not bad sedap la jugak. Isi dia macam kering sikit tapi sodap makan paneh paneh hehe

Last stop , USS!

Okay aku nampak je USS tu aku dah terasa macam nak berlari hahaha

USS sumpah best gila. Kami berjaya pusing satu tempat tu dan berjaya main hampir semua permainan dekat situ! Tersangat lah ohsem tak terkata hehe

Kalau ada sesape nak ke USS, tempat wajib korang try ialah Transformer 3D and Shrek 4D. 

Transformer 3D tu super ohsem. Letih beratur hanpir 1 jam setengah tu hilang serta merta bila dah dapat naik roller coster tu. Serious aku nak naik lagi (tapi tknak ah beratur, boleh tak?) haha.

Shrek 4D satu lagi ohsem attraction dekat sini. 4D ni lagi canggih dari 3D , haruslah kan. Dia dah 3D tapi setiap action movie tu kita pun kene tempias sama. Macam kalau Shrek tu naik kuda, kerusi kita pun bergerak macam tengah naik kuda. Time donkey bersin, habes terpercik air ke muka. K itu agak geli haha

Overall pengalaman 2 hari 1 malam ke Singapore sangat lah ohsem. Nak pergi lagi mungkin lambat lagi la tunggu duit reramai sikit haha.

Itu jelah nak share pun. Jaa :)

XOXO