A B 2 C

 
 
1 Mac 2014.
Hari pertama Mac yang super hectic. Hari pertama di bulan Mac jatuh pada hari Sabtu tapi pepagi dah kena bangun jugak sebab ada AB2C.

AB2C.

Asasi Back to Community.
AB2C ni merupakan aktiviti kumpulan terakhir untuk Asasi ni. Mesti la happy kot bila fikir dah setel semua aktiviti sem ni. Tapi bila duk fikir balik. Hmm lepasni tak de dah macam ni. Tak boleh dah nak havoc tak tentu pasal kan. Yeah akan ku rindu kenangan-kenangan ini :)


Kami memilih Kampung Muara Tuang untuk aktiviti ini. Aku dah bajet-bajet berangan nak tidur atas bas bagai. Konon membayangkan jauh la. Jakgi tak sempaaat nak lelap dah sampai. Hahaha. Bapak ah dekat.
Memang dorang ada cakap dekat tapi tak sangka ah sedekat itu. K fine. 

Jadi , sampai je sana. Kami berkumpul dalam dewan menanti orang-orang kampung datang. 
Ketua kami dah cakap awal-awal minggu ni banyak kenduri kawen kat kampung dia tu. So mungkin tak ramai akan datang. Dan yeah beberapa ketul je yang datang. Budak-budak kecik yang datang tu memang sampai sudah semua aktiviti diorang masuk sume dapat hadiah. Hahaha

Memula kami senamrobik. Memang best berpeluh-peluh aku. Part paling tak tahan diorang guna lagu Hindustan sekarang. Lagu cite Kuch Kuch Hota Hai pulak. Mana lah semua tak menari sama. Hahaha. Baik punya strategi kaan. 

Next , acara pertama. Bola beracun. Budak-budak kecik yang tak berapa nak ramai tu. Adalah dalam 10 orang kot semua masuk. Geng asasi pun join la sekali kan. Memang lawak laa. Untung bebudak kecik tu susah nak kalah sebab kecik boleh selit-selit. Haha

Pastu acara makan pisang. Satu team 4 orang. Sorang pegang pisang , sorang tutup mata pemegang pisang tu , sorang makan , sorang pegang tangan orang yang makan tu. Acara ni lawak sebab bebudak tu sume pakat telan je pisang tu sampai ada yang muntah-muntah. Cute je budak tu. Dah la 'bulat' hehehehe

Lepastu main pas-pas getah dengan straw. Team aku ada seorang budak kecik ni haa. Cute gilaa. Berbelit lidah aku nak cakap Sarawak dengan dia. Tapi dia end up diam dan buat muka macam nak menangis. Phew cuak den. Haha. Jakgi bila dah start main terer pulak tu. Tak pegang pun. Dak dak asasi ni haa yang tak reti main buat malu je hahahaha

Last acara main baling belon ada air tu. Memang mengundang basah la kan. So aku jadi pemerhati bersiri jelah. Haha

Aktiviti utama bermula lepas semua selesai Solat Zuhur jemaah. Kami dibahagi kepada dua kumpulan. 1 team masjid. 1 team dewan. So yeah bersih berseri kami kerjakan masjid tu haa. Terbaiik :)


Penat terlampau rasanya. Tapi takpe berbaloi. Lagipun bukan selalu nak berkhidmat untuk masyarakat ni kan. Jadi , berakhirlah aktiviti B2Squad untuk Asasi ni. Sobs sobs.  

Terima kasih semua ! 
Happy working with you guys sepanjang asasi ni :)

Done for now , jaa ne ^^