Setahun yang Berharga
Isnin.
Dua hari lepas , kawan aku melawat bilik. Kitorang borak-borak pasal martial arts masing-masing. Taekwondo aku okay je , agak hambar sebab kumpulan kitorang takde semangat kekitaan dan semangat kawan macam kumpulan lain. Aku agak sedih untuk tu. Yang kawan aku ni pulak , kumpulan dia macam ohsem gila tahap semua orang pun rasa nak join kumpulan dia. Lagi-lagi pulak dorang dapat Silat.
Hontou ni Sugoii! Haha
Daripada bercerita pasal martial arts event kitorang sambung pasal PBL (Problem-based Learning) sambung lagi pasal pensyarah A B C sambung lagi pasal aktiviti lepas ni , AB2C ( Asasi back to community) dan yeah akhirnya kitorang sedar. Setahun tu tak lama. Sangat singkat. Amat singkat.
Sebak sangat rasanya. Macam sesi luahan perasaan pulak malam tu. Bila fikir apa yang akan jadi lepas asasi. Well , takkan semua nak sumbat masuk Medical Faculty. Bukan semua nak jadi doktor pun. Bila dah lain-lain kos tu nanti susah la nak jumpa. Kuliah tempat lain-lain. Hostel jauh-jauh. *sigh*
Akan berpecah-pecah lah kitorang mengikut haluan masing-masing. Mungkin yang akan bersama pun beberapa orang je.
Last event kitorang nanti adalah Gala Dinner Asasi. Jadi aku terfikir malam tu mesti sedih teramat sebab esok nya dah flight balik rumah dan cuti lima bulan. Yeah berada di 'oversea' jauh gila dari keluarga aku dapat rasa nanti aku akan sedih. Sedih mengenangkan segala pengalaman indah kitorang dekat sini.
Aku takkan pernah lupa. Macam mana jakun nya kitorang waktu pertama kali sampai sini. Macam mana rasa sangat berdikari bila nak beli barang kena sewa kereta sebab bandar jauh. Dah tu drive sendiri pulak! Boleh pulak test-test drive. Tukar-tukar pemandu. Kereta mati tengah jalan. Haha. Lawak. Gila! Hanya berbekal kan Google Map. Yeah siapa je hafal jalan kan. Nama pun newcomer. Haha. Dan lagi, bershopping sakan di Serikin , test kek lapis free dekat Kedai kek lapis Dayang Salhah , naik boat! Hahahaha. Semuaaaaaa tu aku akan ingat sampai bila-bila. Lawak sangat k.
Azam aku adalah untuk menjadikan 3 bulan terakhir di bumi Sarawak sebagai seorang pelajar asasi penuh dengan bunga-bunga indah yang aku akan kenang sampai bila-bila.
So yeah. Asasi cuma sekali , so kita enjoyyyy ! Haha
Dan aku akan pastikan aku pulang dengan gembira dan dapat result yang bagus. Amiin.
Doakan aku eh :)
Mata ne :)