Animal Dissection - Mr Froggy
Assalamualaikum dan selamat petang semua!
SELAMAT HARI MALAYSIA! Yeah , saya bangga menjadi anak Malaysia. Peace yawww. Hihi
Oh jumaat baru-baru ini seperti yg telah di jadualkan aku pun kena lah dissect binatang bernama katak itu. Ahh perasaan aku Allah jela tahu. Rasa serious macam nak ponteng je lab tu. Itulah gambaran betapa aku takut dan gelinya dengan benda alah tu. Haih.
Time nk beli katak tu gigil aku rasa. Naseb baik Dania superwoman rescue aku. Dia yang belikan. Dia yang bawak kan. Dia yang bawak balik. Eh. Eh memang pun. Sampai dah nak masuk lab baru dia pass dekat aku. Hahaha. Thanks a lot Dania!
Dah masuk lab tu baru laa aku memberanikan diri sikit-sikit. Takpernah terfikir aku utk face banyak2 katak dalam satu bilik. Pehh memang terbaik. Yang tak boleh blah tu aku punya katak je kecik. Yang lain sume fuhh bapak bapak katak agaknya. Yang beli katak makan tu lagi la takyah cite. Besar gila weh. Besar gila. K.
Kenangan paling tak dapat lupa. Katak giant tu ada 2 tau. Time nak matikan guna chloroform tu dia boleh agressive habes pulak. Terkeluar kepala katak tu dr plastic. Berlari semua org. Cuakk weh. Hahahahaha. Dah la besar menakutkan pulak tu. Haha
Yang second katak giant tu pulak dah mati dah. Si empunya pun pin la badan atas papan bedah. Jakgi jeng jeng jeng, tangan dia kaki dia gerak-gerak. Aku sebelah dia yang over cuak. "Weh katak kau hidup lagi! "
Cepat2 abang lab tu tolong masukkan dlm balang. Pehhhh genting nya lah saat tu, pheww naseb dia tk lompat je terus jadi hulk katak. Hahahaha
Bila dah mati tu , mati lah jugak ketakutan dan kegelian aku. Cuma part basuh a.k.a kena pegang katak tu aku mintak tolong membe aku la. Hihihi
Bila dapat tengok organ katak tu best pulak rasanya. Time ni sape punya katak besar la yang puas tengok. Sume organ nampak jelas. Aku punya sume kategori tiny je, haha.
Btw , Mr Froggy. Lets this be the first and the last one of frog dissection in my life. Yeah. Nak dissect benda lain pulak, haha
Oh sesungguhnya aku suka saat ni. Happy moment with all lab members ♡♥♡♥
Comments
Post a Comment