Interview JPA-MARA at KPTM Bangi

  

Hey guys ! Hope semua pun dalam keadaan sihat hendaknya.

Isnin baru ni aku pergi KPTM Bangi teman kezen aku ada test MARA untuk program pinjaman MARA. Test tu kena amek dekat KPTM , Bangi. Wa cakap lu orang memang ramai gilaaa ah. Aku tengok pun rasa nak pitam. Dengan panas terik nya. Haishh dugaan sungguh. 

Nak jadi cerita time kezen aku study untuk test tu aku suruh la dia check nama aku online kut-kut laa dapat jugak macam dia. Dan dan dan aku DAPAT ! Gila betul ! Siapa sangka beb! Di kalangan belas ribuan budak2 stret As aku yang tak berapa nak stret ni dapat jugak. Alhamdullilah. Bersyukur kepada Ilahi :)

Masa : 2.00-5.00 petang
Tempat : KPTM , Bangi
Program : JPA-MARA
 Tarikh : 18 April 2013
 
Dah dapat tahu tu cuak je hati aku ni. Yang pasti interview mesti kena guna english. Hehh. Aku ni bukan mat saleh. Celup pun tak. Hahaha. Aku hanyalahh gadis kampung yang setia dengan bahasa ibundanya tapi ada hati nak pergi luar negara! Hahaha. Gasak. Balik rumah terus buat research. Buat la sikit2 preparation utk interview tu nanti kan. 
 
Untuk temuduga JPA-MARA ada 3 section ; BM , BI and Individual
 
1. Perbincangan dalam kumpulan - Bahasa Melayu
2. Group discussion - English
3. Individul - Both
 
Apa-apa pun yang aku boleh cakap mesti kena ada confident. Kau gasak je apa nak cakap yang penting yakin dan kau tahu point yang kau nak sampaikan. Jadi lain daripada orang lain. Oh , jangan lupa cakap terima kasih dekat interviewer tu sebelum keluar.
 
Aku yang tak seberapa nak pandai english ni pun boleh kata keluar jugak laa loghat english kampung aku. Hahaha. Aku rasa better cakap je. Bukan apa tak de la segan sangat. Yang ada time tu pun sume yang tk kenal dengan kita. Baru je kenal tk sampai satu hari. Dorang yang lain pun bukan semua nya bagus english. Cuma a few je yang memang gifted cakap english macam Mr Middleton. Hohoho #tiba-tiba. 

So , conclusion nya belasah jela. Bila kita nak kan sesuatu work for it! Kalau nak makan , perut lapar. Nasi kat depan mata tapi tak de usaha nk suap tk kenyang jugak . Ye tak?
 
# Pada hari yang sama aku dapat kol dari felda nenek aku. Alhamdullilah permohonan untuk biasiswa felda aku diterima ! Alhamdullilah. So next Wed aku kena pergi amek test kelayakan dekat Dewan Perdana Felda , Kuala Lumpur. So everybody please pray for me eh :) 
 
Jadi , aku angkat kaki dulu yee. 
Baibai semua !